Friday, November 7, 2008

Sajak untukmu bumiku yang hijau..

BUMI….HIJAU TERHAMPAR LUAS
BAK PERMAIDANI MULUS, LEMBUT, INDAH
LANGIT MEMBIRU
BUKIT, GUNUNG DAN LURAH
SOROTAN MATA…BULAT MEMANDANG

BUMI…HIJAU TERHAMPAR LUAS
UNGGAS-UNGGAS TERBANG BEBAS
DIHIASI…
BUNYI RERIANG
KICAUAN BEBURUNG
DERUAN AIR TERJUN
INDAH...
MENJADI ILHAM PENYAIR DAN PERINDU… KANVAS

BUMI…HIJAU
AKU TERHARU…
TERPEGUN …
MERENUNGI…
KEAGUNGAN PENCIPTANYA

AKU TERMENUNG MELIHATMU
HAMPARAN HIJAU TERKARAM
LANGIT MEMBIRU MENGHITAM
ASAP…DEBU HABUK BERLEGARAN

KICAUAN UNGGAS HILANG MENYEPI
BUKIT TINGGI MERATA KINI
BUTIRAN TANAH MENERJAH KE SUNGAI
HAKISAN HUJAN TERUS…MENGGANAS

SUNGAI MENGALIR LESU
SISA DIBUANG SABAN HARI
KELEDAK MENGUNING MEMENUHI DASAR
AIR TENANG…BERGELUT DI MUARA

SEDARLAH….SEDARLAH WAHAI PENGHUNI ALAM
BANGKITKAN KEPERIHATINANMU
SELAMATKAN BUMI HIJAUMU
AGAR…HIJAU
TETAP…MALAR
MENJADI WARISAN ZAMAN-BERZAMAN

6 comments:

miss Ayu said...

btuahnye dpt anak yg cintakan alam ni.
hehehe.

Ray Jr said...

ehem..bosan2..hehe

zack said...

sejak ble lak ko bjiwa alam nie??
meremang aku bce.kakaka

Ray Jr said...

siot..aku ni anak murid A samad said tau x?ha3

sy@die said...

biar betul kau minat bersajak2 ni...ko kena angin ahmar ke,ke ko da kering idea nk tulis pe kt blog???cam buang tebiat lak bila ko minat sajak..xsesuai..hehehehe

Ray Jr said...

ha3..kureng hajaQ hang..t aku bsajak stiap pgi kt umh hang baru hang tau sapa aku...ha3